Adik-adik semua tahu tak ape tue Cacing Pita??
Ye betul.... cacing pita (scientifically sp. Cestoda) adalah cacing yang berbentuk "pita" sebab badannya leper bak kuey tiaw tapi sangat panjang. cacing Pita biasanya bewarna putih hingga warna krim... Ni adalah contoh cacing pita
Cacing pita boleh membesar sepanjang 15 - 30 kaki (10 m) dan Cacing pita terbesar boleh membesar sepanjang 58 kaki (18 meter) ada juga yg membesar sampai 30 meter.. itu dah mengalahkan separuh gelanggang tenis tue..
Macamana cacing pita tue boleh masuk badan manusia wahai adik-adik.. cacing nie masuk badan manusia bila manusia makan makanan yang dijangkiti cacing ini terutama telur cacing. Jenis makanan yang berkenaan adalah Lembu, Khinzir dan Ikan @ Krustasia.
Kita akan belajar 3 jenis cacing utama.... Sila beri perhatian
Taenia Solium dan Taenia Saginata (Head @ Scolex Characteristic)
T.Solium= Pork Tape Worm (2-7m length)
T.Saginata=Beef Tape Worm (up to 15m length)
* gambar dari Electron Microscope
Taenia spesis boleh dijumpai seluruh dunia... cacing ini boleh hidup dalam masa setahun... kes infeksi dari cacing Taenia ini sgt. jarang berlaku di negara2 Islam kerana penduduk beragama Islam diharamkan makan Khinzir dan semua daging lembu mesti disembelih cara Islam dan mesti dimasak sepenuhnya.
berikut adalah kitar hidup dua spesis cacing ini... (sila klik imej di bawah)
Apakah simptom2 kalau kita dijangkiti cacing nie??
1) Badan kurang nutrien (malnutrion)
2) Sakit perut
3) Diarrhea
4) Hilang selera makan
Kalau tidak dirawat salur pencernaan akan tersumbat akibat terlalu banyak cacing pita. (it's no joke because tape worm perform asexual cycle in human intestine... that will lead hundreds or thousands tape worm were born... ;p )
Diphyllobothrioum Latum
D.latum (up to 30m length)
D.Latum adalah spesis cacing pita terbesar dan terpanjang di dunia disebabkan kebolehannya membesar melebihi 30m. Spesis ini menjangkiti manusia melalui makanan mentah separa masak seperti ikan, ketam kecil @ krustasia... Cacing ini boleh hidup selama 20 tahun!!!!! Infeksi selalu ditemui di Jepun (Asia juga) kerana penduduk Jepun ramai yg suka mengambil makanan mentah seperti ikan (uncooked sushi i presume).. ia juga sgt byk ditemui di Uganda, Chile, Negara2 Hemisfera Utara seperti Soviet Union (NIS), Canada, Alaska, Utara Amerika, Negara Baltic, Rantau Scandinavia dan Eropah.
macamana kita nak prevent dari terkena jangkitan cacing nie... Paling penting sekali... MASAK MAKANAN SEPENUHNYA.... pengeluar daging-daging mentah kini akan membekukan daging2 tersebut pada suhu -10 darjah celcius selama 5 hari kerana telur cacing mahupun cacing pita dewasa tidak dapat berkembang lalu mati.
Doktor akan memeriksa kandungan dalam feces (najis) pesakit yg dijangkiti dan biasanya rawatan dgn. ubat plaziquantel mampu menghapuskan cacing2 tersebut.
Links







No comments:
Post a Comment