Tuesday, August 7, 2007

Hanjeng !!!!

Sebenarnya malas nak tulis new update .... jadi untuk posting hari nie... Aziya nak bawa you all my honour readers kembali ke tahun 1999, when i was in Form 3.

FYI, I'd studied in local secondary girl's school sebelum i pindah sekolah teknik tahun 2000. My class (3 Bersih) is the 1st class for Form 3.... ada 5 classroom lain in the same row (3rd floor). My class adalah kelas paling jauh dari tangga utama utk. pelajar. (tak boleh guna tangga utk guru..lagipun siap pasang gril besi)

That time my class tgh. belajar BM. My teacher very the garang.. walau kurus kerempeng dan pakai seksi meksi. Cikgu aku lah Diva kat sekolah, siap personal probs dgn. hubby dia pun terbawak2 ke sekolah ooopppsss..... Jadi masa tue dia bising2 pasal ada student tak siap homework... I memang sakit kepala kalau dapat cikgu cenggini.... So, automatically i jadi budak "blur"... with idiotic look i tunduk kepala purak2 tidur (Mak kan Sleeping Queen 3 Bersih... asyik tidur aje dalam kelas).

Tgh.2 "blur" i'd noticed that budak2 kelas lain "sabung-menyabung" menjerit macam buat anthem jerit OMBAK tapi "versi hysteria" (sape selalu tgk school sport tournament atau setakat tgk EPL mesti tau anthem jerit OMBAK punya).

Jeritan mula dari kelas 3G kemudian 3E pulak.. pindah pulak ke 3D....

Aku dok fikir-fikir ape budak2 kelas lain nie tgh. berjoli ke pasal cikgu takde?.. BTW, it's not the first time i heard their hysterical noise . Al-maklumlah sekolah petang.. Budak2 form 3 nie memang kureeenggg ajar sikit pasal diorang "senior sesi petang". Tak terkecuali kelas aku dan aku sekali heheheh...... Nama jer kelas bijak pandai... tapi perangai masing2. Astagfirullah...... hehehe ;p

Bila budak 3C (kelas sebelah) pulak yg menjerit... Aku rasa dah something wrong is happend... Ape kejadahnya 4 kelas sambung-menyambung menjerit. Fire-drill ke.. mana bunyi emergency bell??? Takkan le kelas aku pun kena nak sambung menjerit-jerit konon2 sampai ke finish line??? Entah hape hape ntah...

Bila cikgu aku masih terus membebel... tiba2 budak2 kelas aku dah start naik atas kerusi. Aku yang masih blur terus duduk rileks "tak tahu punca". Some of my friend dah menjerit-jerit. Aku pulak ingat....


"hampeh... kena denda lagik"...






Baru jer nak aku berdiri dan satu kaki pinjak kerusi tiba-tiba.......









Ya Allah !!!




Hanjeng...... <--- pons betui Berdiri di sebelah aku adalah seekor anjing liar berkurap. Bukan kurap kecik... dah nampak daging2 berlubang, darah, mata ada darah sikit, kat atas kepala dia dah ada "cacing bergerak".... Gigi dia tajam siap air liur macam meleleh... Anjing tue berbau busuk ya amat. Aku berdoa jangan le menatang nie gigit aku mahupun beg skolah haku...

Aku tak percaya kenapa anjing tue tercegat tepi aku nie.. Ape dia ingat aku nie makcik kantin ke?... manalah aku bawa bekal makanan ke skolah. My friend kat sebelah dah melompat-lompat macam nampak tikus kat lantai.

Nak kata aku takut.. aku sendiri tak tau kenapa aku tak menjerit.... jarak aku dgn anjing tue dalam 30 cm. Bontot ngan kaki aku dah keras tak bleh bergerak... Berdiri lah aku bak patung "mannequin" kat shopping complex.

Tiba2 aku nampak kawan opposite aku Si Fatihah masih selamba duduk baca buku. Memandangkan kelas dah hingar-bingar ... aku terpaksa jerit kat dia supaya elak diri dari anjing... yang herannya, Fatihah nie macam tak dengar aku panggil. Pekak ke ape dia nie?... ada anjing kat sebelah dia pun dia tak perasan.

Agaknya anjing tue panik.. maka dia pun lari keluar dari kelas aku.. pegi pulak kat kelas blok lain (ada bridge sambung ke blok sebelah).. maka episod jerit anthem ombak berterusan...

Apa yang kelakarnya selepas itu.... cikgu aku yg pakai kebaya sendat ala2 nyonya siap pakai high heel telah membuat pertunjukan lagak ngeri kat budak2 kelas terutama Mei Shak pasal cikgu aku telah melompat naik ke meja Mei Shak tanpa sebarang bantuan kerusi dan terus duduk mencanggung macam orang tgh berak. Apalah agaknya reaksi Mei Shak...




pakai kain dalam ke tak cikgu aku nie??? nasiblah skolah perempuan.. heheheh

No comments: