Saturday, September 22, 2007
Adakah zaman Jahiliyah kembali semula ? *update*
Sebelum itu... dengan perasaan simpati aku mengucapkan Takziah buat keluarga dan saudara-mara adik Allahyarhamah Nurin Jazlin. Walaupun berlaku pertikaian antara keputusan DNA dan kenalurian Ibu Bapa Nurin. Akhirnya mereka akur bahawa mayat yang mati akibat pemerkosaan seksual itu adalah mayat anak mereka.
Aku selalu tertanya-tanya apakah silap anak ini sehingga dibunuh dengan kejam sekali ? Adakah Pedophile semakin berleluasa di dalam diri sesetengah individu. Lebih memalukan, banyak kes "Pedophilia" melibatkan pemerkosa berbangsa Melayu. Tidak kira siapa magsa mereka, kepuasan nafsu menjadi high priority mereka. Namun kini aku rasakan insan-insan Pedophilia yang kotor itu sudah berani membunuh mangsanya. Mungkin menunjukkan dia mampu menghapuskan mangsanya. Atau dia teringin nak bertukar level menjadi Necrophilia pula.
Apabila berita terus melaporkan kes bunuh sekejam ini. Aku tak nafikan, semakin ramai yang sudah kembali ke zaman Jahiliyah. Zaman penindasan wanita dan kanak-kanak dengan membunuh mereka atau pun menjadikan mereka hamba seks. Zaman dimana Allah memerintahkan Rasul-Rasulnya berdakwah menghentikan perilaku jijik orang2 zaman Jahiliyah. Zaman lelaki-lelaki berlaku zalim antara satu sama lain untuk menunjukkan kekuasaan mereka.
Entah apa ada dalam fikiran perogol yang merogol orang lain, terutama budak-budak. Ramai yang akan kata.. "Alah, itu mesti tak sembahyang punya perogol". Eh eh.. macam korang tau ke dia tue tak Sembahyang???. Sepanjang aku membaca majalah-majalah aku selalu perasaan, kes-kes sebegini mesti perogol tue muka macam baik. Hormat mak bapak dan bersolat. Tapi ada satu nafsu dia tak dapat kawal iaitu nafsu seks. Mungkin sebab cara hidup mak ayah yg terlalu Orthodox. Menganggap seks itu terlalu Taboo untuk dibicarakan. Sehingga anak mencari informasi sendiri atau bertanya kepada kawan-kawan yang jahil juga tentang seks.
Aku masih setuju tentang hukuman yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Bunuh tetap dibalas bunuh. Buat apa nak melayan rayuan meringankan hukuman bunuh. Bunuh anak orang boleh pulak, tapi tak mau mati akibat perbuatannya. Cuma aku mau hukuman perogol tue ditambahkan lagi. Setakat 4,5 tahun dalam penjara dengan beberapa sebatan... takdenya nak insaf sangat. Tapi.. aku dapat rasakan ada spekulasi tentang kejadian menyayat hati nie...
Aku dapat merasakan rakyat Malaysia kini mengutuk/ mencarut/ menyumpah/ menghina pembunuh Adik Nurin. Amarah akibat perbuataan tak bertangungjawab ini semakin berleluasa. Percayalah, tak de tempat pembunuh itu boleh bersembunyi, kerana Tuhan akan melihat. Kalau dia terlepas hukuman dunia, siksa kubur tetap menanti.
Update: Beberapa perenggan ayat terpaksa dibuang sebab aku rasakan ia terkeluar dari topik asal. Namun aku ingin highlight satu pandangan dari Mr. Tumpang Lalu.. sila baca.
mentaliti kita manusia heboh pada sesuatu yg hangat dibicara umum. lama kelamaan sunyi sepi bilamana timbul pula hal-hal hangat baru. saya tekankan peranan rakyat umum (org ramai termasuk pentadbir, polis dan sbgnya) agar berwaspada dan mengambil langkah yg wajar yg difikirkan perlu utk membantu mengatasi permasalahan ni. ini bkn kes pertama.
berlebihan emosi tidak ke mana. patutnya emosi tu dah terpancut menerawang sejak dlu lg (sejak kes2 terdahulu)..juga xyah la denda keluarga arwah kan. malang tidak berbau. kesian sgt. just bg amaran keras yg mana ia meliputi rakyat umum juga. then lps ni kalu tejadi lg kes spt ni, haaa denda setimpalnya.
tindakan penjenayah terbabit meninggalkan mayat arwah dlm keadaan sebegitu rupa pastinya ada motif tersembunyi. lazimnya org buat salah, akan cuba menutup kesalahannya namun si penjenayah terbabit seolah-olah mencabar kredibiliti pihak polis, kesabaran keluarga arwah dan mentaliti rakyat umum. ada muslihat..
Al-Fatihah.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
mentaliti kita manusia heboh pada sesuatu yg hangat dibicara umum. lama kelamaan sunyi sepi bilamana timbul pula hal-hal hangat baru. saya tekankan peranan rakyat umum (org ramai termasuk pentadbir, polis dan sbgnya) agar berwaspada dan mengambil langkah yg wajar yg difikirkan perlu utk membantu mengatasi permasalahan ni. ini bkn kes pertama. berlebihan emosi tidak ke mana. patutnya emosi tu dah terpancut menerawang sejak dlu lg (sejak kes2 terdahulu)..
juga xyah la denda keluarga arwah kan. malang tidak berbau. kesian sgt. just bg amaran keras yg mana ia meliputi rakyat umum juga. then lps ni kalu tejadi lg kes spt ni, haaa denda setimpalnya.
tindakan penjenayah terbabit meninggalkan mayat arwah dlm keadaan sebegitu rupa pastinya ada motif tersembunyi. lazimnya org buat salah, akan cuba menutup kesalahannya namun si penjenayah terbabit seolah-olah mencabar kredibiliti pihak polis, kesabaran keluarga arwah dan mentaliti rakyat umum. ada muslihat..
Terima kasih kerana memberi pandangan. Selamat datang ke blog saya... :)
Yeah.. Aziya pun terkejut sebab ada ura-ura mahu menyaman keluarga Arwah Nurin akibat kecuaian.... Aziya tidak setuju....
tapi itulah kita semua dilahirkan memang akan melakukan kecuaian.. nobody's perfect.
Aziya fikir disebabkan Adik Nurin nie berpenyakit kronik mambuatkan cerita kehilangannya selalu menjadi berita utama. Kita semua nie mmg cepat emosi apabila kes budak2 hilang atau meninggal dunia..
Agaknya perogol tue tahu kut kamera CCTV kat tempat tue tak bagus... Macam ada muslihat apabila bila Nurin dibunuh 6 jam sebelum ditemui..tidak awal2 masa penculikannya..... *Shivers*
Post a Comment