Jangan pulak korang bila baca tajuk nie menganggap aku nak cerita pasal "kisah seks aku ngan Cikgu aku". Aku sebenarnya baru aja tahu ada kisah lucah seorang anak murid ngan cikgunya. Nama cikgu tue Cikgu Suraya (Azzu, now you know already what that "teacher's" name). Jangan terkejut 50% pembaca yang membaca entry nie akan google nama Cikgu Suraya selepas ini. hehehehhe.....
Dua tiga hari nie aku selalu membaca blog Euphori-niacs yang lain. Mungkin dengan cara itu dapat ilham nak menulis entry yang baru. Aku tertarik dengan entry blog Azzu baru-baru nie. Luahan hatinya terhadap insan-insan yang telah mencurahkan ilmu sepanjang kehidupannya di sekolah. Ada juga insan itu yang telah membantutkan perasaan dia.
Aku pun terfikir... aku juga ada kisah tersendiri tentang pengalaman aku dengan guru aku (Once again.. it's NOT a sex stories). Kadang-kadang hubungan aku dengan guru yang bakal aku ceritakan selepas ini menjadi ke"cemburuan" pelajar-pelajar dan guru-guru.
Aku berharap siapa-siapa yang membaca kisah aku nie adalah orang yang bersikap terbuka. Ada guru-guru yang disenangi ramai.. ada juga guru-guru menjadi kebencian. Bukan niat aku utk. mencela mereka. Anggaplah kisah ini menjadi teladan semua.
You want to know who, how and why? ... keep reading.
Dua tiga hari nie aku selalu membaca blog Euphori-niacs yang lain. Mungkin dengan cara itu dapat ilham nak menulis entry yang baru. Aku tertarik dengan entry blog Azzu baru-baru nie. Luahan hatinya terhadap insan-insan yang telah mencurahkan ilmu sepanjang kehidupannya di sekolah. Ada juga insan itu yang telah membantutkan perasaan dia.
Aku pun terfikir... aku juga ada kisah tersendiri tentang pengalaman aku dengan guru aku (Once again.. it's NOT a sex stories). Kadang-kadang hubungan aku dengan guru yang bakal aku ceritakan selepas ini menjadi ke"cemburuan" pelajar-pelajar dan guru-guru.
Aku berharap siapa-siapa yang membaca kisah aku nie adalah orang yang bersikap terbuka. Ada guru-guru yang disenangi ramai.. ada juga guru-guru menjadi kebencian. Bukan niat aku utk. mencela mereka. Anggaplah kisah ini menjadi teladan semua.
You want to know who, how and why? ... keep reading.
Sekolah Menengah (Girl's School)
Puan Nam:
Aku tak boleh lupa langsung dengan Cikgu berbangsa Cina ini. Dia mengajar Geografi ketika aku Tingkatan Dua. Secara jujurnya dia juga tidak disukai hampir semua pelajar dalam kelas ku. Ketika first time dia mengajar kami. Dia baru mengandung 3 bulan. Jadi korang faham-faham lah ye.... hampir setahun semua pelajar terpaksa dibelenggu amarah orang yang garang macam orang gila meroyan nie. Setiap minggu.. ada aja pelajar yang kena berdiri atas kerusi dan kena jemur di luar kelas. Walaupun kelas aku nie kelas pertama.. tapi perangai student memang nakal. Asal Pn. Nam keluar kelas aje.. ada yang mengajuk cara dia berjalan. Oh ya, Pn. Nam nie jalan terkengkang.. bila dia sarat mengandung lagi kelakar dia berjalan.
Aku memang ada dendam sikit dengan dia. Aku ketika itu MC 3 hari. Demam panas. Nak telefon kawan tanya kerja sekolah pun aku tak larat.. bila aku dah okey sikit.. aku terlupa nak telefon balik kawan aku. Maka hari ke-4 aku datang sekolah, kawan aku tiba-tiba beritahu aku, Pn. Nam akan buat spot check latihan yang dia berikan pada hari ke-3 aku tak datang sekolah.. Of course i feel terrified. Aku pun cepat-cepat buat latihan yang dia berikan.... tak terfikir pun nak copy jawapan dari kawan. Aku lupa... macam aku boleh jawab je semua soalan yang dia beri. The problem is... i don't have enough time to finish the questions. Subject Geografi pada hari tue jam 2.30 petang. Second subject of a day. Pn. Nam pulak macam tahu je aku tak siap latihan yang dia kasi tiba-tiba "serang" aku dulu. Aku pun cakaplah aku tak datang 3 hari dan baru hari nie kawan kasi soalan. Dia marah aku sebab aku tak call kawan aku semalam tanya ada homework ke tidak. Dalam hati aku cakap...
"Oii gila, mana aku tau kau nak buat spot-check. Ko memang buang tebiat nak spot-check hari nie. Padahal ko tak pernah buat sebelum nie. Aku tetap hantar latihan aku on-time"
Dia tak mau terima alasan aku... Maka dia suruh aku bawak kerusi kat luar kelas. Letak kerusi kat tempat yang paling banyak cahaya matahari. Aku ingat aku seorang aje yang kena. Rupanya kawan aku Intan pun kena sekali. Maka duduklah kami berdua bagai kain di jemuran. Kawan2 dari kelas lain melihat aksi kami duduk di luar kelas. Bagai memahami apa yang berlaku. Intan yang kebetulan bawa pensel 2B nya menconteng dinding kelas dengan ayat.
"Puan Nam gigi jongang jalan terkengkang"
Aku rasa Puan Nam tak perasan kut apa yang Intan tulis. Puan Nam jalan pun bukan pandang tepi.. huhuhuh. Lepas kejadian tue.... ramai budak tak puas hati dengan Pn. Nam. Siap buat pakatan nak "letupkan" perut dia.
SM Teknik
Cikgu KZ:
kalau ada teman-teman aku terbaca kisah ini harap korang bersikap terbuka. Aku pun ada sejarah kisah aku dan Cikgu KZ. Sejak aku masuk sekolah teknik... tahap sosial aku meningkat. Aku semakin rajin bertemu guru. Tapi aku tetap gemar menyendiri. Aku rapat dengan Cikgu KZ ketika di tingkatan 4. Mungkin sebab aku banyak bertutur dalam Bahasa Inggeris. Aku selalu lepak dalam bilik Cikgu KZ semasa rehat. Bukan aku berdua dengan dia.. tapi dengan kawan2 aku yang lain. Kami semua memang malas nak ke kantin bila rehat. Semua bawa bekal sendiri (walaupun duduk asrama). Cikgu KZ pulak bersikap terbuka dengan student jagaan dia.
Aku juga pernah jadi "Posmen" Cikgu KZ. I know it's sound like scandal. But I'd sensed that Cikgu KZ likes one of the female teacher in school. Both of them married already. Budak dorm aku selalu cakap tentang mereka berdua. Tapi itu sudah jadi sejarah. No more !
Tapi aku sedih bila aku masuk Tingkatan 5, hubungan aku dan Cikgu KZ renggang. Mentang-mentang aku masuk kelas paling hujung. Dia pinggirkan aku. Satu kisah yang buatkan aku marah dan sedih bila aku terserempak dengan dia di kelas yg dia jaga (masa tue dah waktu balik). Kebetulan seorang kawan aku dalam kelas dia membuka 1 soalan Lukisan Kejuruteraan yang aku tak faham. Maka aku pun turut bertanya dengan dia macamana nak selesaikan lukisan begitu. Korang tau apa dia jawab ??
"Alah soalan nie senang ajer.... budak kelas saya semua boleh buat. Diorang pandai. Kenapa kamu tak pandai pulak?"
Aku menyirap darah bila dia cakap macam tue. Hey! aku punya aggregat lagi tinggi dari budak2 kelas dia. Tapi sistem terbaru "macam anjing" sekarang utamakan A dari aggregat. Macam sial... itu pasal aku masuk kelas last.. pasal aku tak dapat A langsung tapi B banyak. You're supposed to be a teacher.... to teach pupils not to express your thought's about disadvantage pupils.
Aku pergi dari situ. Menangis mengenangkan nasib aku. Amarah aku terus menguasai. Aku janji untuk belajar sendiri LK tanpa bantuan sesiapa. Aku sumpah budak2 bawah jagaan dia fail LK (I don't mean that actually... jahatnya aku). You can guess what happend. Hampir separuh budak Form 5 fail LK masa SPM. Termasuk student-student jagaan dia. Sebenarnya aku tak ada apa2 niat pun. Tapi, siapa lebih berusaha. Dia akan berjaya.
Allahyarham Cikgu Ramli:
Arwah Cikgu Ramli adalah bekas Penolong Kanan Satu di Juntech. Seorang yang menggangap semua pelajar adalah anaknya sendiri. Ramai yang sayangkan Arwah. Kisah aku dan arwah bermula ketika aku mengalami kecederaan di belakang dan kaki akibat latihan Taekwondo. Seorang guru yang telah memberitahu arwah mengenai keadaan aku. Maka arwah menyuruh aku datang ke biliknya and meminta aku datang ke rumah Pengakap setiap petang. Aku dan seorang senior aku yang jatuh tangga menjalani rawatan ala-ala "Hidro electro-magnet" dimana kami rendamkan kaki di dalam air dan disambung Elektromagnet. Aku dan senior aku sembuh dalam dua minggu. Tapi hubungan aku dan arwah tak habis di situ. Suatu hari waktu rehat sekolah, aku makan di kantin seorang diri. Arwah yang kebetulan membeli makanan datang ke arah aku dan duduk bertentangan dengan aku. Aku terkejut dengan kehadiran dia. Di saat itu aku tengok budak2 lain dah pandang semacam dengan aku. Arwah sebenarnya mahu berbual-bual dengan aku tentang kecederaan aku. Sikap kebapaan sangat jelas dalam dirinya. Dia sangat mengambil berat. Bila aku pulang ke kelas. Ramai budak2 mula cakap2 belakang mengenai aku dan arwah. Aku dengar diorang cakap aku nie "anak ayam" arwah. Arwah bela aku dan sebagainya. Aku bengang dengan diorang. Tapi aku cuma diamkan sahaja.
Mr. Hairool Azmi:
Mr. Hairool, guru Bahasa Inggeris di sekolah. Dia tue bapa angkat aku (tapi usia dia baru 30-an) sebab dah kahwin hehe... Seorang yang happy-go-lucky tapi bila dia marah, satu sekolah gentar. Ramai yang tak tahu, aku dan Mr. Hairool "lepak" dalam library waktu rehat. Selalu bertukar cerita dia juga seorang pendengar setia kalau aku ada masalah. Satu hari time aku belajar aku terdengar dia marah sambil "baling kerusi" dalam kelas lain. Aku pulak ternampak satu kerusi melayang jatuh kat tingkat bawah akibat balingan dia. Budak2 dalam kelas tue beritahu aku, dia marah sebab student tak siapkan English composition termasuklah student yang terer dalam English. Memang carik pasal betul budak-budak nie.. huhu...
Bila time rehat, Mr. Hairool ada dilibrary. Aku dengan beraninya bersemuka dengan dia. Aku beritahu dia, aku tak suka dia baling-baling kerusi. Aku tak kisah dia nak marah bagai nak rak kat budak-budak tue. Tapi jangan baling kerusi. Aku juga cakap, aku sayangkan dia.. aku tak mau pasal kes baling kerusi aku dah tak dapat berbual dengan dia. Manalah tau Pengetua fired dia.
Budak-budak semua impress dengan aku. Diorang tak percaya aku bersemuka dengan Mr. Hairool. Aku cuma cakap dengan diorang. Jangan buat hal lagi dengan dia. At least after that day, Mr. Hairool takde baling-baling kerusi lagi. Setakat marah ajer.
Hubungan aku dengan dia tak lama. Dia dah berhenti mengajar untuk sambung Master di UM. Aku terlalu sedih. Takde lagi teman berbicara. Dia ada beritahu aku, dia dan wife akan tinggal di Puncak Alam. Tapi sampai sekarang aku tak pernah jumpa dia.
Mama Khatipah:
Aku rasa aku sorang aje yang panggil dia Mama masa sekolah dulu. Seorang yang penyayang dan dia seorang aje yang boleh "tegur" aku kalau aku buat perangai di asrama. Pernah sekali aku buat "kes" di asrama. Ponteng kelas dan emergency spot-check assembly sebab aku frust giler dengan result exam aku. Budak-budak dorm aku mmg geram ya amat ... pasal aku takde, diorang kena public canning masa assembly tue. Aku tengah frust, nak buat macamana kan... wrong time pulak nak menyendiri. Mama dan female warden lain memang terkejut dengan "ketiadaan" aku masa assembly tue. Sebab memang aku tak pernah buat perangai. Maka aku terpaksa bersemuka dengan ketua warden. Tapi sebelum tue aku ke rumah Mama dulu. Aku beritahu apa masalah aku. Dia nasihatkan aku terus bersemuka dengan ketua warden. Dia juga tulis sepucuk surat untuk ketua warden mengatakan aku dah buat pengakuan kat dia tentang apa yang berlaku. Jadi time aku kena bersemuka dengan ketua warden. Aku dilepaskan sebab ketua warden pun tahu aku tak pernah buat hal di asrama. See ??? i'm still a good girl.
Hubungan aku dan Mama masih bertahan sampai sekarang. Kadang-kadang hantar sms
2 comments:
at least zaman sekolah kau lagi seronok dr aku. kalau mampu turn back time pon sumpah aku takmau masok sekolah balek. aku nak kawen je trus :P haha
nyah..psl kes cikgu suraya tue dah lama aku taw..wakakakaka...dasyat giler cikgu nie..
Post a Comment