Monday, January 7, 2008

Aku yang miskin.... dan insan yang suka "makan lebih"



Aku tak suka betul hari nie.... first time aku datang kerja tak ada duit... hanya berbekalkan RM1.50 dengan jarum tangki petrol dah kebosanan selama 4 hari "memberitahu" kat aku bagi dia makan Unleaded 97 , aku "tatap" datang ofis macam biasa. Cuma aku terfikir adakah aku perlu tapau thosai lagi (sebab menatang tue ajer yg murah kat area aku). Betapa miskin nya aku hari ini *tsk tsk tsk*

Kemiskinan aku semakin terserlah apabila bos suruh aku buat "Bankers cheque" di Maybank berhampiran. Aku kesian dengan kereta aku yang dah start semput pasal tak cukup minyak. Disebabkan aku dan bos aku pun tak tau ada extra charge Rm 5 bila buat "Bankers Cheque", aku terpaksa ke Maybank DUA KALI pasal aku takde RM 5... *Malu siot !!!* Bos aku juga memerli aku sebab harapkan dompet aku jer besar tapi duit takde. Aku terima perlian beliau dengan hati terbuka. Janganlah jeles pasal dompet aku cantik ;p

Kereta aku merajuk lagi. Bagaikan dia mahu menabrak dirinya di tiang lampu isyarat sebab dapat tuan yang cukup miskin nak isikan dia petrol. Kalau lama-lama macam nie, boleh anorexia nervosa kereta kesayangan aku tue. Body kereta aku jer dah mengalahkan kemarau akibat ketiadaan minyak masak. Sepatutnya hari nie aku dapat duit gaji. Tapi entah apa masalah melanda, aku diamkan ajer. Ishh.. baru sebulan kerja dah sibuk tanya pasal gaji. Memang tak sedar diri betul. Mak aku tanya dah gaji ke belum. Aku cakap belum sebab bos aku keluar mesyuarat.

Kemiskinan aku untuk hari nie tidak berakhir kat situ. Kereta aku telah membuat demonstrasi "tunjuk perasaan" dia dengan "terpancitkan tayar" !!! Yee... Tayar kereta aku yg bedebah tue pancit hari nie. Yang bestnya.... aku baru sedar tayar kereta pancit bila time nak balik rumah. Seronok lah kereta aku tue tgk. muka bos dia berkerut-kerut. Memang nak suruh aku "tambah" kedut kat muka.


Maka aku pun pun menjerit....

"Astaga... enda pulak ko mao pancit siang-siang o... sampai malam koh bikin sia jadi terlalu papa kedanak... mau jak aku sogit koh !!!!"


Jatuh kemaluan mak... Nyah.. Mak sumpah seranah dalam bahasa Sabah. Hampir semua orang lalu lalang tahan gelak tgk. aku.

Aku bergegas telefon abah di rumah untuk datang tolong bayarkan upah tukar tayar. Nak mintak tolong Bos. Dia takda di office pulak. Kalau ikutkan hati... mau ajer aku tukar tayar tue sendiri.. tapi baru sedar tayar spare-part pun takde angin. Hanjeng.. hanjeng

Dekat seberang tempat kerja aku ada satu bengkel cina yang memang aku anti-giler dari dia start bukak kedai lagi. Sebab dia memang suka tipu pelanggan.. terutama perempuan. Suka charge 3 kali ganda. Jangan pulak kawan2 cina aku bila baca blog nie naik melenting. Masalahnya kedai bengkel tayar yang aku suka pegi (Cina jugak) jauh pulak. Adalah 1.5 KM. Aku suka pegi situ. bayangkan sejak aku umur 8 tahun dia dah berniaga servis tayar kereta. Sebab dia memang tak mencekik darah orang. Pelanggan pun selalu datang. Tapi tayar aku tue pancit teruk, nanti rosak pulak tayar aku. Ayah aku pulak suruh aku pegi kedai Cina yang depan office aku tue. Maka aku pun mintalah mekanik tue tolong tukarkan tayar kereta. Tak sampai 5 minit dia siap baiki. Maka aku pun tanya harga. Dia kata


RM 35


Aku.....


Ape kejadahnya setakat tukar tayar kereta sampai kau charge RM 35 ??? Kau setakat datang bawak dua bijik telo and pemutar Hexagon ajer. Hidraulik aku punya, Skru aku punya dan Tayar-spare pun aku punya. Ape yang membuatkan sampai kau charge RM 35 ??? Ko nak mampos ehh ???

Belum habis di situ, bos cina tue mungkin terkejut sebab bapak aku datang untuk bayar upah tue. Tapi nak lepaskan RM 35 tue kena bergaduh dulu... sampai "ayat masuk kubur" pun keluar sekali. Agaknya bos cina tue rasa tercabar, sampai teringin dia nak memukul bapak orang. Padahal dia patut malu sebab bergaduh ngan pelanggan. Suka pulak nak ambil kesempatan untuk cekau lebih terutama dari orang perempuan. Padahal tugas tue taklah seberapa sangat.

Balik rumah jer aku dah tension. Entah apa dugaan yang aku lalui hari nie. Tiba-tiba pulak bapak aku suruh aku ambil resit dari kedai bengkel tue besok. Nak mampos ke hape.. kang dia bawak geng pukul aku karang... Entahlah camaner aku nak hadapi hari esok.


Miskin nya aku......

No comments: