Wednesday, December 19, 2007

Korban Penderhaka: Terlupa, Pelupa atau Buat-buat Lupa !!!


*Sebelum tue nak bagitau korang semua.. aku dah tukar lagu baru lagik !!!!! Heheheh.... enjoy ok. Aku memang kagum dengan Origa. Dia penyanyi dan penulis lirik Rusia yang dah lama menempah nama di Rusia dan Jepun. Music dia pun mengancam. Teringin nak punya suara macam dia. Aku rasa ramai gak peminat Origa nie... especially peminat Anime ;)*

Ehem... bersua kita kembali di posting terbaru.... Hamboi hamboi hamboi.... Aku "cuti" lebih seminggu jer dah ada bunyik suruh haku cepat-cepat HUMPdate blog nie... Ape cer ??? Tak mau pulak posting comment kat sini tapi SMS aku suruh HUMPdate... Ape anak-anak ayam sekalian rindu kat Mak Ayam Euphoria ke?

Bukan takmau posting cepat-cepat (ayat cover utk. org yang malas).. Aku kan sibuk keje sekarang.... pukul 7 malam baru sampai rumah... setiap hari memang kena mengadap bos aje kejenye... balik rumah kadang-kadang boleh terlupa nak surf internet sebab first priority nak carik bantal dulu... hehehehe..

Tapikan nie nak dijadikan cerita... adalah insan bertuah nie "bangunkan aku" dari tidurku yang lena semata-mata ada gossip best.. heheheheh..

I was like......



Anak-anak ayamku sekalian... Mak kan dah bilang Mak tengah "cuti" honeymoon sekarang. Ade jer mulut-mulut gatal korang nak bergosip-gosip ngan mak. Konon-konon nak goda mak suruh fikir balik pasal isu-isu semasa yang korang sendiri dah faham benar akar umbinya.

Yelah..yelah.. aku pun bacalah artikel keramat combo 5000 tue... lepas baca jer aku tepuk dahi, geleng kepala dan nak ketawa pun ada. Kenapa ? Sebab dalam usaha beliau nak merahsiakan identiti "sie bunga underneath pokok klapak" tetiba plak beliau terrrrrsebut satu perkataan yang yang kalau disebut kat sini pun orang dah tau sapa "sie bunga underneath pokok klapak" tue. Korang dah faham kan? jadi tak perlulah kita semua sok-sek sok-sek lagi. Hehehehehe

Then aku juga mendengar rungutan anak-anak buah aku tentang event kat Zoo Negara yang melibatkan Vince dan Ning Baizura (Betul ke Ning... awat Vernon tak kasi tau aku jugak ?? Mentang-mentang tgh ber"drag" ngan 3 carat meletopsss !!! hehehe.....). Masalahnye sekarang... semua budak-budak tak tau pun ada event kat ZOO hingga ada fans posting kat YG. Hem... baru aku tau (itupun ada orang yg "call" aku).

Aku tak tau nak komen apa... lagipun kita semua nie bukannya sekali dua ter"miss" event Vince... sedar-sedarlah sesama kita ya ;p ! huhuhuhu.. Statement nak gantung diri betul lah (Kalau aku tahu pun pasal event tue.. belum tentu aku sampai pun ZOO Negara... Sekali jer dalam seumur hidup aku jejakkan kaki kat Zoo Negara). Tapi honestly memang perlu pun someone bagi sebarang event info kat BFs.. Kalo tak camana kita nak tau kan? Nak suruh aku korek info... alahai tak akan dapat punyalah.

Kalo korang nak tau. Ada sesetengah insan nie, bile tengok jer muka aku ataupun nama aku... boleh paranoid diorang. Kenapa ya ?... aku nie Garasi Head Hunters ke?... atapun miniscule pest yang lama-lama boleh memusnahkan rumah ataupun memang aku nie diibaratkan anjing kurap... nak pandang sebelah mata pun orang tak sudi. Ye.... aku sedar aku nie nie low class, buruk, tak cantik, tak seksi, tak famous, Memang patut kena sogit (sula) dan memang tak layak nak contribute something. Bak kata Adolf Hitler, siapa-siapa yang tak upaya menunjukkan contribution untuk berjuang patut dihapuskan. Aku sedar aku tak layak nak bergaul dengan semua orang. Korang tak tau... dah puas aku menangisi apa silap aku.. apa kekurangan aku. Aku tak mintak dilahirkan sebegini rupa. Tapi aku tau ada hikmahnya aku dirupakan begini. Aku dah selalu rasa digantung tak bertali, dicemuh, diracistkan dan lain-lain perkara yang boleh buat orang bunuh diri kalau lalui sebijik macam aku.

Mungkin Hari Raya Korban tahun ini nak mengingatkan aku bahawa dah tiba masanya aku mengorbankan kesetiaan aku. Ya.. aku dah jadi "penderhaka senyap". Tidak sehebat Hang Jebat yang menderhakai Sultan Melaka dan Hang Tuah. Aku tak tau adakah "penderhakaan" aku itu membuatkan dia rasa tersinggung, sedih, ataupun dia memang mahukan aku "menderhaka" kat dia supaya aku tak akan kacau hidup dia lagi. Aku tau dia dah lama tak suka kat aku. Dari riak muka dia pun aku tau dia cakap "Astaga! Budak Gemuk nie lagi". Okay fine.... sekarang aku dah tunjukkan "penderhakaan" aku dan aku tau dia gembira.... SANGAT gembira dengan keputusan aku. At least aku tak lah sekeji "penderhaka" lain yang lari tanpa sebab.

Bagi aku isu terlupa, pelupa atau buat-buat lupa adalah lumrah manusia. Aku pun perlu minta maaf dekat korang kalau aku terlupa nak update blog atau terlupa banyak perkara hingga ada yang tersinggung dengan tindakan aku. Aku memang seorang yang pelupa ... tapi terlupa-terlupa aku pun... aku tak mau jadi insan seperti adegan di bawah ini..... memang lupa diri betul


Hehehe. Aku rasa hanya Ella sorang ajer yg faham maksud gambar tue hehehehe... entahlah kenapa... Mungkin ia berkait dengan kisah kitaorang dua orang ataupun ....... heheheheh

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA !!!!

2 comments:

ella medusa said...

hahahahah..aku faham nyah..faham sesangat...bior jd rahsia lah..harap2 sedar diri la yer..kahkahkah..
yg aku pelik ttg insan2 yg paranoid ngn ko nie..kluglamer..nak ajer..tp bila community dtg nak kenal dorg..seboleh2 larikan diri..alasan tak munasabah..nak ada privasi..xsuka diggu??hello???klu dah gitue yg ko dok menggatal menglamerkan diri wat per???aduih..pening..pening..

~Ati_Hime~ said...

u know, even i only knew u now although not as much as everyone else but i think u are the most confident girl i ever met and i also don't know hujung pngkal cerite TAPI to me i prefer REAL people rather than fake ones..kalau org x suke maknenye ade sst yg BEST psl kite tp diaorg x nak ckp psl JEALOUS..muahahahahahahahahahahah..